Dah lama tak pekena patin tempoyak di Dapur Mokde! Jadi saya ke sana dengan di temani anak-anak. Memang kami lapar! Waktu pun sudah menjengah 9.15pm. Dengan kadar pantasnya saya memandu dari Shah Alam straight ke Kg Melayu Subang. Nak ke Dapur Mokde la mana lagi! Masakannya sedap-sedap belaka.

Tapi kali ni saya terkena!
Kisahnya..

Saya datang dengan penuh harapan. Anak yang 3 orang ni saya tak beritahu pun nak bawak makan patin tempoyak. Saya tahu itu juga kegemaran mereka.. Macam ayah dia :) Lagi pun saya saja nak suprise kat diorang. Jadi korang boleh bayangkan betapa berbunga-bunga harapan saya.

Sampai je ke warung Dapur Mokde ni, kami pun duduk di meja tengah. Bawah kipas! Sejuk sikit malam-malam ni. Jam baru menunjukkan 9.35pm Laju juga saya speeding tadi. Orang laparlah katakan.

Saya pun order 2 hidangan patin tempoyak, satu kepala dan satu lagi badan. Dan 1 lagi hidangan patin pais petai bahagian ekor. Cukuplah tu untuk kami berempat. Air pula 2 teh o ais, milo ais dan teh o nipis kurang manis. Pelayan mengambil tempahan dengan bagus. Senyum je! Takde la terasa sangat pressure lapar di perutku ini :)

Kemudian Cik Lyenda anak Mokde datang bertanya khabar. Manis orangnya, kalau bercakap memang tak berhenti. Ada je cerita.. Sesuai sangatlah tu sebagai orang depan Dapur Mokde. Katanya insyaAllah bulan Januari 2017 nanti nak buka cawangan di Vista Alam Seksyen 14, Shah Alam.

Wey! Bagus sangat tu. Dekat dah dengan rumah.

Tak terasa masa berlalu dan hidangan yang dipesan pun tiba ke meja. Berasap! Fuh.. Memang pecah rasa.. Air liur pun terkecur tak semena-mena.

Kami berempat pun memulakan langkah! Nasi dicedok ke pinggan, kuah pun ditumpahkan. Ikan patin tempoyak yang cukup rasa, cukup sempurna jadi peneman nasi yang disuap ke mulut. MasyaAllah! Sedap.

Dia punya pedas! Perghhhh padu. Anak saya yang umur 7 tahun pun mengadu pedas. Tapi tak berhenti makan.. Dia cuba cover dengan milo ais. Steady.. Memang sedap.

Anak umur 10 dan 12 tahun pun kata pedas. Tapi boleh lagi minta nasi tambah. Hah kau! Memang Dapur Mokde buat hal lagi kali ni. Budak-budak pun tak kira pedas.. Sedapnya lain macam.

Yang saya tak tahan tu..

Boleh lupa lagi nak ambil gambar hidangan sebelum kami belasah secara beramai-ramai tadi. Maka saya upload gambar sesudah kejadian ya :)




Begitulah kisahnya Dapur Mokde buat hal lagi :) Hanya gambar sesudah makan sahaja yang dapat saya kongsikan kali ni. Nasihat saya, korang kena pergi dan cuba sendiri. Citarasa kita mungkin berbeza.

Tapi mereka bukan hanya hidangkan patin tempoyak dan patin pais petai sahaja. Ada udang galah, ikan kelah, ikan talapia, asam pedas dan banyak lagilah. Ulam-ulaman kampung pun ada macam-macam.

Kalau nak tengok gambar, mungkin korang boleh refer ke artikel sebelum ni.




Haa! Menyandor tidor. Kahkahkah.. Penangan patin tempoyak dan patin pais petai dari Dapur Mokde. Pedas tapi superb wey! Kena cuba tau.


Sekiranya anda mahu saya review kedai makan anda, sila hubungi 011-2-800-2424 :)


Hari Rabu 13hb Julai 2016, Roy dan crewnya telah datang ke warung Nasi Kambing Bukhari untuk rakaman segmen Roy Cari Makan yang akan disiarkan di program Nasi Lemak Kopi O TV9 (NLKO).

Seawal jam 3.30pm Roy sudah tiba dan perbincangan ringkas dilakukan agar perancangan dapat berjalan lancar. Rupanya sangat mudah berurusan dengan Roy atau nama sebenarnya Rozam Sufrie yang berasal dari Sabah ini.


Sedang penggambaran dilakukan.. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Akibatnya? Urusan tergendala dan peluang ini diambil untuk saling mengenali dengan lebih mesra. Kali ini Roy datang ditemani oleh dua orang lagi iaitu Sharrudin dan Zul.

Sememangnya Nasi Kambing Bukhari memberikan dimensi citarasa yang baru kepada penggemar daging kambing. Ianya dibakar sempurna hinggakan isi daging tersebut lembut dan empuk.



















Syukur kerana semuanya berjalan sempurna hingga akhir. Terima kasih kepada pemilik Nasi Kambing Bukhari dan juga team produksi Roy Cari Makan yang sudi datang untuk review hidangan istimewa ini.

Apa yang boleh saya rumuskan ialah Roy dan juga crew produksinya merupakan sekumpulan orang muda yang cukup kreatif dan efektif dalam melakukan kerja mereka. Hasilnya sangat memuaskan hati :)






Semakin hangat dan viral tentang nasi kambing Bukhari. Yang terbaru apabila Roy Cari Makan dari program Nasi Lemak Kopi O TV9 juga telah datang menikmatinya serta memuatkan kisah nasi kambing Bukhari ke dalam slot segmen mereka.


Semuanya berlaku dengan sangat pantas! Huru-hara dibuatnya restoran bila dah keluar tv macam ni. Anda yang belum pernah rasa dan cuba tu bila lagi?

Hanya serendah RM9.90 sahaja untuk satu hidangan memang sangat berbaloi dan memuaskan hati.

Video ini semakin dapat sambutan dan memberikan impak kepada nasi kambing Bukhari lebih lagi bila melihat Roy makan dengan berselera sekali. Daging kambing pun lembut empuk sarat dengan rempah! Perghhhhhh..











MAKLUMAN:
DUKACITA INGIN DIBERITAHU RESTORAN NASI KAMBING BUKHARI TIDAK LAGI BEROPERASI KERANA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIJELASKAN.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home