Patin tempoyak kegemaranku :) seronoknya bila dapat buat liputan untuk Dapur Mokde. Berjaya juga ajak Roy dan krew supaya review masakan istimewa ini.

Kali ni saya nak share gambar-gambar sebalik tabir. Layankan ya :)



Sempat juga buat demo masak pais patin. Aroma dia! Fuhhhhhh.. Mengancam sungguh. Terbaik! Original dan authentic hanya di Dapur Mokde.









Lagi best bila Dapur Mokde jamu kami dengan hidangan yang pelbagai termasuklah udang galah! Alhamdulillah special sangat. Semoga terus sukses Dapur Mokde!


Kelazatan dan keenakkan masakan Dapur Mokde akhirnya mendapat perhatian dari team produksi Roy Cari Makan. Maka kejadiannya pada hari Rabu 9hb November 2016, 3 orang crew segmen Roy Cari Makan telah datang ke Dapur Mokde di Kg. Melayu Subang untuk membuat liputan.


Sekitar waktu puncak untuk makan tengahari, Roy pun tiba dengan dibantu oleh dua orang lagi crew.

Alhamdulillah ketika itu juga restoran sudah mula dibanjiri oleh pengunjung untuk menjamu selera mereka. Memang Dapur Mokde sudah war-warkan lebih awal kehadiran crew Roy Cari Makan dan promosi RM5 pun diadakan sejak jam 12pm hingga 3pm.

Mengikut kata anak pemilik Dapur Mokde, Cik Linda.. Ada pelanggan yang datang dari jauh untuk mencuba masakan Dapur Mokde pada hari tersebut. Mereka datang dari Putrajaya, Rawang, KL dan sebagainya.



Ramai yang masih tak tahu kewujudan restoran yang menyediakan masakan authentic kegemaran dari Temerloh ini. Jom tengok apa kata Roy?



Nasihat saya.. Usah risau tentang hanyirnya ikan patin kerana saya juga bukanlah penggemar patin tempoyak pada asalnya. Malah pengalaman makan ikan patin yang hanyir telah lenyap sama sekali selepas merasa keenakkan masakan di Dapur Mokde.

Ikan patin mereka memang totally imported from sungai Pahang!

Selain dimasak tempoyak, ada juga ikan patin pais petai serta pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan yang lain. Order je! Kalau nak ikan yang rare, kena tempah lebih awallah ya. Sangat berbaloi dan memuaskan hati!



Tak payah nak ke Temerloh lagi.

Lokasinya mengikut peta dibawah ni ya. Memang betul-betul sebelah landasan kapal terbang :)




Ini gambar-gambar untuk tatapan :) Tengoklah ya. Sedap-sedap semuanya. Yang tak gemarkan patin pun bertukar jadi favourite!







Pandang tak kenyang.. Malam terkenang! Perut lapar? Makan sedap di Dapur Mokde ya :) Mereka buka 11am - 11pm setiap hari kecuali Jumaat. Boleh juga buat tempahan kepada Cik Linda 016-279-6885



Tak cukup meja! :D
Alhamdulillah syukur. Sambutan cukup menggalakkan selepas Roy datang ke Restoran D'Teratak Desa, Seri Manjung. Memanglah gulai kawah kambing laku keras! Ramai juga orang Manjung yang tak tahu kewujudan restoran ini.




Begitulah bila berniaga, kena sentiasa usaha untuk mempromosi dan memperkenalkan restoran kepada lebih ramai orang. Masakan pula kena maintain sedap setiap hari, manakala layanan kepada pelanggan juga kena tip top! Setuju kan?

Setakat hari ini review dan feedback dari pelanggan Restoran D'Teratak Desa amatlah positif. Malah tidak ketinggalan mereka memuji kebaikan tokey kedai iaitu Puan Norida Mohammad yang suka bagi diskaun.. Kira cincai ajelah! Setiap hari Jumaat pula dihidangkan tembikai di atas meja untuk pencuci mulut selepas menjamu selera. Untunglah orang Seri Manjung!

Saya nak kongsikan gambar-gambar sebalik tabir rakaman segmen Roy Cari Makan tempohari.



Satu hal yang saya cukup kagum dengan Roy ialah kreativiti dia. Tahu aje dia menyusun hidangan dan merencana babak demi babak secara spontan dalam minda. Berbakat sungguh!











Dari jam 11am hingga hampir 4pm barulah semua urusan selesai di Restoran D'Teratak Desa. Semoga restoran ini terus maju dan sentiasa menghidangkan masakan lazat buat orang Seri Manjung dan sekitarnya.

Dan saya cukup bangga dan hormat dengan warga Manjung secara keseluruhannya, mereka sungguh supportive dan sporting. Saya pasti kembali lagi ke Seri Manjung!



Ini pula screenshot untuk posting saya tentang gulai kawah kambing di Facebook. Dalam tempoh 11 jam sahaja ia perolehi lebih dari 600 like dan 83 share manakala terdapat hampir 100 komen yang bertanya serta tag kawan-kawan mereka. Ini adalah BONUS buat Restoran D'Teratak Desa :)

Dah baca artikel tentang Gulai Kawah Kambing terbaik di Seri Manjung? Klik sini ya.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home