Ramai yang tak tahu gulai kawah kambing terbaik di Seri Manjung!

1 comment

Kambing lagi.. Kali ni saya ke negeri Perak untuk menikmati juadah istimewa yang jadi sebut-sebutan orang di Seri Manjung. Mana lagi kalau bukan ke Restoran D'Teratak Desa yang lokasinya terletak di tepi jalan besar. Saya ke sana bersama Roy dan krew segmen Roy Cari Makan program Nasi Lemak Kopi O TV9. Memang rezeki restoran kerana mendapat review yang cukup cemerlang dari Roy sendiri.

Kisahnya..


Pandangan dari tepi. Lupa pulak nak ambil dari depan.

Seawal pagi saya dah bergerak dari Shah Alam menuju ke Seri Manjung. Alhamdulillah Waze jadi guide dan pemilik restoran pun sudah menyediakan peta secara online di Google Maps. Simple je, taip 'Restoran D'Teratak Desa' dan anda akan diberikan pandu arah yang tepat ke destinasi.




Saya tiba sekitar jam 11am hari Khamis. Pelbagai juadah dan hidangan sudah tersedia dan siap dimasak. Di bahagian belakang restoran, terdapat ruang membakar ikan, ayam dan daging.. Bau aromanya membangkitkan rasa lapar. Authentic beb! Mereka bakar dengan arang membara okay.. Bukannya guna kuali roti canai tu!

Saya pun menjenguk hidangan terutamanya gulai kawah kambing yang tersedia dalam kawah, panas-panas! Nah tengok gambar ya.








Nak makan apa? Ada lebih daripada 40 pilihan kat sini. Ulam-ulaman pun segar-segar belaka! Saya sampai tawaf tempat lauk tu 3 kali untuk pilih-pilih. Rambang mata dibuatnya :)

Waktu tengahari memang padat pelanggan di Restoran D'Teratak Desa. Penuhhhhhhh! Sambil tu Roy pun buat kerja dia untuk review makanan istimewa kat sini. Oh ya! Kat sini pun ada masakan itik serati dan air kopi kaw import dari Tumpat, Kelantan.

Jom tengok review dari Roy.



Amacam? Terancam ke? :) Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan istimewa terutamanya gulai kawah kambing mereka. Kalau lambat tak dapat!







Makan sedap di Restoran D'Teratak Desa, Seri Manjung Perak. Alamat penuh ialah No. 23, Jalan Seri Gemilang, Taman Seri Gemilang, Sitiawan, Seri Manjung, Perak. Tempahan makanan juga boleh dibuat, sila hubungi 012-593-9309
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Lama tak pekena gulai kawah kat sini.. Bila agaknya nak ke Manjung lagi :)

    ReplyDelete