Ramai orang gemarkan nasi arab, nasi minyak dan macam-macam jenis nasi lagi yang sedap-sedap. Tapi zaman GST ni ramai juga yang lebih gemar untuk masak sendiri. Cuma hasilnya tak sama macam kat kedai.

Kali ini Butterkicap kongsikan rahsia bagaimana anda boleh buat sendiri nasi kegemaran anda. Contoh yang diberikan adalah NASI MINYAK tapi dengan sedikit kreativiti anda boleh adjust jadi nasi apa juga yang anda mahukan :)

Sila tonton video dan kongsikan kepada rakan-rakan lain.



Kredit kepada Butterkicap

Anda penggemar patin tempoyak? Hidangan istimewa ini jadi pilihan ramai dan semakin diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Malah sudah banyak restoran yang khusus menghidangkan patin tempoyak dalam menu mereka hinggakan kita pening untuk memilih mana satu yang terbaik.



Usah gundah gulana lagi. Kami berani mati recommend anda sebuah restoran di Kampung Melayu Subang atau area Subang Airport. Malah lokasi restoran ini betul-betul di jalan lama bersebelahan dengan landasan kapal terbang.

Sambil-sambil makan tu boleh juga jenguk dan dengar pesawat turun naik. Mana nak cari pengalaman macam tu kat tempat lain? :)

Restoran ini memang menghidangkan masakan air tangan orang dari Temerloh. Original! Ikan patin pun memang tiap-tiap minggu diimport fresh dari Temerloh. Jangan risau! Sikit pun tak hanyir.



Restoran yang diberikan nama Dapur Mokde ini jadi tumpuan terutamanya untuk waktu makan tengahari. Kalau bulan puasa tu memang padat time berbuka puasa. Adalah digalakkan untuk buat tempahan meja terlebih dahulu dengan Misz Kepochi Cik Lyenda Dapur Mokde, telefon dia di 0162796885 ya.




Selain hidangan patin tempoyak, Dapur Mokde juga ada menyediakan masakan asam pedas, pelbagai sup dan masakan ala-carte yang lazat-lazat belaka.

Lebih istimewa lagi Dapur Mokde memang setiap hari memberikan pilihan ulaman yang menyihatkan. Nak jeruk petai pun ada!

Dapur Mokde ni pernah masuk segmen Roy Cari Makan untuk TV9 rancangan Nasi Lemak Kopi O. Tengok video review di bawah ya. (Aduhhh! Terkecur sudah!)



Dan satu lagi video Dapur Mokde di youtube. Famous diorang ni!


Ketibaan Ramadhan setiap tahun sememangnya dinantikan. Ianya adalah bulan ibadah yang menjanjikan pahala yang berlipat ganda. Setelah seharian berpuasa, waktu berbuka memberikan ruang untuk keluarga duduk semeja menjamu juadah bersama-sama.



Ada yang memilih untuk masak sendiri dan ada yang lebih selesa untuk ke restoran dan hotel. Kali ini apa kata anda ke Cassa Detik untuk menikmati pelbagai jenis juadah lazat yang tersedia. Kampung style buffet menjadi tema tahun ini.

Tidak ketinggalan juga pihak korporat dan juga organisasi syarikat menganjurkan majlis berbuka untuk meraikan kakitangan dan tetamu yang ada.

Untuk tempahan sila hubungi Cassa Detik di talian 017-680-1336 atau 012-360- 5416
















Cassa Detik captures the true essence of malay tradition with a warm ambiance offering the ultimate destination for an unforgettable Ramadhan experience.

From sumptuous kampung style buffets to mouthwatering desserts – Cassa Detik is the ideal place to break your fast and spend your evenings with family and friends during the holy month.

Enjoy a family-friendly Iftar with a lavish buffet spread for only RM65/pax for adult and RM32/pax for kids. FREE to kids below 5 years old. Suitable for corporate iftar events and suchs.


Contact: 

Book now, call 017-680 1336 or 012-360 5416

Testimonials:

The best place to have an event.. very serene spacious surrounding & fresh air.. top it up with an astonishing view of the Royal Selangor Golf Course & the KL skyline. - Taufik Sheikh

Spacious with ample car park making it easier for guests to attend functions. Great hospitality and prompt services too. Good job Cassa Detik Team will definitely recommend to my family and friends.- Farah Hisham





---------

Book now, call 017-680 1336 or 012-360 5416

Patin tempoyak kegemaranku :) seronoknya bila dapat buat liputan untuk Dapur Mokde. Berjaya juga ajak Roy dan krew supaya review masakan istimewa ini.

Kali ni saya nak share gambar-gambar sebalik tabir. Layankan ya :)



Sempat juga buat demo masak pais patin. Aroma dia! Fuhhhhhh.. Mengancam sungguh. Terbaik! Original dan authentic hanya di Dapur Mokde.









Lagi best bila Dapur Mokde jamu kami dengan hidangan yang pelbagai termasuklah udang galah! Alhamdulillah special sangat. Semoga terus sukses Dapur Mokde!


Kelazatan dan keenakkan masakan Dapur Mokde akhirnya mendapat perhatian dari team produksi Roy Cari Makan. Maka kejadiannya pada hari Rabu 9hb November 2016, 3 orang crew segmen Roy Cari Makan telah datang ke Dapur Mokde di Kg. Melayu Subang untuk membuat liputan.


Sekitar waktu puncak untuk makan tengahari, Roy pun tiba dengan dibantu oleh dua orang lagi crew.

Alhamdulillah ketika itu juga restoran sudah mula dibanjiri oleh pengunjung untuk menjamu selera mereka. Memang Dapur Mokde sudah war-warkan lebih awal kehadiran crew Roy Cari Makan dan promosi RM5 pun diadakan sejak jam 12pm hingga 3pm.

Mengikut kata anak pemilik Dapur Mokde, Cik Linda.. Ada pelanggan yang datang dari jauh untuk mencuba masakan Dapur Mokde pada hari tersebut. Mereka datang dari Putrajaya, Rawang, KL dan sebagainya.



Ramai yang masih tak tahu kewujudan restoran yang menyediakan masakan authentic kegemaran dari Temerloh ini. Jom tengok apa kata Roy?



Nasihat saya.. Usah risau tentang hanyirnya ikan patin kerana saya juga bukanlah penggemar patin tempoyak pada asalnya. Malah pengalaman makan ikan patin yang hanyir telah lenyap sama sekali selepas merasa keenakkan masakan di Dapur Mokde.

Ikan patin mereka memang totally imported from sungai Pahang!

Selain dimasak tempoyak, ada juga ikan patin pais petai serta pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan yang lain. Order je! Kalau nak ikan yang rare, kena tempah lebih awallah ya. Sangat berbaloi dan memuaskan hati!



Tak payah nak ke Temerloh lagi.

Lokasinya mengikut peta dibawah ni ya. Memang betul-betul sebelah landasan kapal terbang :)




Ini gambar-gambar untuk tatapan :) Tengoklah ya. Sedap-sedap semuanya. Yang tak gemarkan patin pun bertukar jadi favourite!







Pandang tak kenyang.. Malam terkenang! Perut lapar? Makan sedap di Dapur Mokde ya :) Mereka buka 11am - 11pm setiap hari kecuali Jumaat. Boleh juga buat tempahan kepada Cik Linda 016-279-6885



Tak cukup meja! :D
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home