Jom makan sedap di Kampung Bukit Kapar, Klang. Untuk makluman, di area Bukit Kapar terdapat banyak lokasi untuk minum petang.

Pelbagai hidangan dan menu disediakan mengikut selera. Antara lokasi yang menarik ialah Warung Di Apit Nangka yang terletak di Jalan Nenas.


Mereka menyediakan bermacam jenis kuih yang sedap-sedap serta masakan panas yang sememangnya menyelerakan.



Warung ini hanya beroperasi bermula sekitar jam 4pm hingga 6.30pm sahaja. Kuih paling meletop ialah PAU! Memang tak dapat kalau datang terlalu awal atau lewat pun tak dapat.

PERUSAHAAN Nasi Kak Wook yang cukup terkenal di Kelantan memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan jenama itu tanpa kebenaran.


Meskipun sudah membuat pendaftaran cap dagangan dan memiliki hak eksklusif dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) lima tahun lalu, Nasi Kak Wook tetap menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang menciplak jenama itu bagi mengaut keuntungan mudah.

Perniagaan nasi campur yang mula bertapak lebih 30 tahun lalu itu memiliki nama kukuh di Kelantan, menyebabkan ramai menciplak dan menggunapakai jenama diwujudkan sejak hampir separuh abad lalu.

Pewaris perniagaan, Mastura Ibrahim, 46, yang juga anak kepada Allahyarham Wook Hassan, berkata jenama Nasi Kak Wook sudah diciplak pihak tidak bertanggungjawab sehingga boleh didapati di seluruh Kelantan, malah turut menular ke Kuala Lumpur dan Selangor.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa selain enam cawangan Nasi Kak Wook di sekitar Kota Bharu, kami tidak membuka sebarang cawangan lain termasuk banyak dibuka di Kuala Lumpur.

"Namun, ramai yang menganggap ia adalah perusahaan sama (dimiliki pewaris) dan ada pihak membuat aduan kepada pihak berwajib supaya mengarahkan kami membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana kononnya kami memiliki puluhan cawangan seperti didakwa.

"Akibatnya saya dihubungi pihak berkuasa dan terpaksa beberapa kali ke pejabat kerajaan untuk menerangkan dan menunjukkan bukti bahawa hanya enam saja cawangan Nasi Kak Wook yang asal dan selain itu adalah tiruan dengan menggunakan jenama warisan arwah ibu saya," katanya pada sidang media di cawangan kedai itu di Jalan Telipot, Kota Bharu, hari ini.

Selain Jalan Telipot, cawangan Nasi Kak Wook terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Baru Kubang Kerian, Pasir Hor, Bandar Satelit Pasir Tumboh dan Taman Sari.

Mastura yang juga anak keempat daripada lima beradik itu berkata, lebih mengusutkan keadaan ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti berhutang dan menyamar sebagai pemilik Nasi Kak Wook, sekali gus mencalarkan imej perusahaan itu.

Sementara itu, peguam Zahari Affendi Abdul Kadir yang mewakili Perusahaan Nasi Kak Wook, berkata setakat ini pihaknya sudah menjalankan tindakan undang-undang dengan mengeluarkan notis amaran bagi menghentikan penggunaan jenama itu kepada 10 premis di Kuala Lumpur dan hanya satu saja akur manakala selebihnya masih meneruskan perniagaan seperti biasa.

"Kami sudah mengadakan perbincangan dan pewaris menetapkan tempoh tiga bulan dari sekarang kepada peniaga menggunakan jenama terbabit atau seakan-akan dengannya supaya menukar jenama bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil ke atas mereka," katanya.

Ramai orang gemarkan nasi arab, nasi minyak dan macam-macam jenis nasi lagi yang sedap-sedap. Tapi zaman GST ni ramai juga yang lebih gemar untuk masak sendiri. Cuma hasilnya tak sama macam kat kedai.

Kali ini Butterkicap kongsikan rahsia bagaimana anda boleh buat sendiri nasi kegemaran anda. Contoh yang diberikan adalah NASI MINYAK tapi dengan sedikit kreativiti anda boleh adjust jadi nasi apa juga yang anda mahukan :)

Sila tonton video dan kongsikan kepada rakan-rakan lain.



Kredit kepada Butterkicap

Anda penggemar patin tempoyak? Hidangan istimewa ini jadi pilihan ramai dan semakin diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Malah sudah banyak restoran yang khusus menghidangkan patin tempoyak dalam menu mereka hinggakan kita pening untuk memilih mana satu yang terbaik.



Usah gundah gulana lagi. Kami berani mati recommend anda sebuah restoran di Kampung Melayu Subang atau area Subang Airport. Malah lokasi restoran ini betul-betul di jalan lama bersebelahan dengan landasan kapal terbang.

Sambil-sambil makan tu boleh juga jenguk dan dengar pesawat turun naik. Mana nak cari pengalaman macam tu kat tempat lain? :)

Restoran ini memang menghidangkan masakan air tangan orang dari Temerloh. Original! Ikan patin pun memang tiap-tiap minggu diimport fresh dari Temerloh. Jangan risau! Sikit pun tak hanyir.



Restoran yang diberikan nama Dapur Mokde ini jadi tumpuan terutamanya untuk waktu makan tengahari. Kalau bulan puasa tu memang padat time berbuka puasa. Adalah digalakkan untuk buat tempahan meja terlebih dahulu dengan Misz Kepochi Cik Lyenda Dapur Mokde, telefon dia di 0162796885 ya.




Selain hidangan patin tempoyak, Dapur Mokde juga ada menyediakan masakan asam pedas, pelbagai sup dan masakan ala-carte yang lazat-lazat belaka.

Lebih istimewa lagi Dapur Mokde memang setiap hari memberikan pilihan ulaman yang menyihatkan. Nak jeruk petai pun ada!

Dapur Mokde ni pernah masuk segmen Roy Cari Makan untuk TV9 rancangan Nasi Lemak Kopi O. Tengok video review di bawah ya. (Aduhhh! Terkecur sudah!)



Dan satu lagi video Dapur Mokde di youtube. Famous diorang ni!


Ketibaan Ramadhan setiap tahun sememangnya dinantikan. Ianya adalah bulan ibadah yang menjanjikan pahala yang berlipat ganda. Setelah seharian berpuasa, waktu berbuka memberikan ruang untuk keluarga duduk semeja menjamu juadah bersama-sama.



Ada yang memilih untuk masak sendiri dan ada yang lebih selesa untuk ke restoran dan hotel. Kali ini apa kata anda ke Cassa Detik untuk menikmati pelbagai jenis juadah lazat yang tersedia. Kampung style buffet menjadi tema tahun ini.

Tidak ketinggalan juga pihak korporat dan juga organisasi syarikat menganjurkan majlis berbuka untuk meraikan kakitangan dan tetamu yang ada.

Untuk tempahan sila hubungi Cassa Detik di talian 017-680-1336 atau 012-360- 5416
















Cassa Detik captures the true essence of malay tradition with a warm ambiance offering the ultimate destination for an unforgettable Ramadhan experience.

From sumptuous kampung style buffets to mouthwatering desserts – Cassa Detik is the ideal place to break your fast and spend your evenings with family and friends during the holy month.

Enjoy a family-friendly Iftar with a lavish buffet spread for only RM65/pax for adult and RM32/pax for kids. FREE to kids below 5 years old. Suitable for corporate iftar events and suchs.


Contact: 

Book now, call 017-680 1336 or 012-360 5416

Testimonials:

The best place to have an event.. very serene spacious surrounding & fresh air.. top it up with an astonishing view of the Royal Selangor Golf Course & the KL skyline. - Taufik Sheikh

Spacious with ample car park making it easier for guests to attend functions. Great hospitality and prompt services too. Good job Cassa Detik Team will definitely recommend to my family and friends.- Farah Hisham





---------

Book now, call 017-680 1336 or 012-360 5416

Patin tempoyak kegemaranku :) seronoknya bila dapat buat liputan untuk Dapur Mokde. Berjaya juga ajak Roy dan krew supaya review masakan istimewa ini.

Kali ni saya nak share gambar-gambar sebalik tabir. Layankan ya :)



Sempat juga buat demo masak pais patin. Aroma dia! Fuhhhhhh.. Mengancam sungguh. Terbaik! Original dan authentic hanya di Dapur Mokde.









Lagi best bila Dapur Mokde jamu kami dengan hidangan yang pelbagai termasuklah udang galah! Alhamdulillah special sangat. Semoga terus sukses Dapur Mokde!


Kelazatan dan keenakkan masakan Dapur Mokde akhirnya mendapat perhatian dari team produksi Roy Cari Makan. Maka kejadiannya pada hari Rabu 9hb November 2016, 3 orang crew segmen Roy Cari Makan telah datang ke Dapur Mokde di Kg. Melayu Subang untuk membuat liputan.


Sekitar waktu puncak untuk makan tengahari, Roy pun tiba dengan dibantu oleh dua orang lagi crew.

Alhamdulillah ketika itu juga restoran sudah mula dibanjiri oleh pengunjung untuk menjamu selera mereka. Memang Dapur Mokde sudah war-warkan lebih awal kehadiran crew Roy Cari Makan dan promosi RM5 pun diadakan sejak jam 12pm hingga 3pm.

Mengikut kata anak pemilik Dapur Mokde, Cik Linda.. Ada pelanggan yang datang dari jauh untuk mencuba masakan Dapur Mokde pada hari tersebut. Mereka datang dari Putrajaya, Rawang, KL dan sebagainya.



Ramai yang masih tak tahu kewujudan restoran yang menyediakan masakan authentic kegemaran dari Temerloh ini. Jom tengok apa kata Roy?



Nasihat saya.. Usah risau tentang hanyirnya ikan patin kerana saya juga bukanlah penggemar patin tempoyak pada asalnya. Malah pengalaman makan ikan patin yang hanyir telah lenyap sama sekali selepas merasa keenakkan masakan di Dapur Mokde.

Ikan patin mereka memang totally imported from sungai Pahang!

Selain dimasak tempoyak, ada juga ikan patin pais petai serta pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan yang lain. Order je! Kalau nak ikan yang rare, kena tempah lebih awallah ya. Sangat berbaloi dan memuaskan hati!



Tak payah nak ke Temerloh lagi.

Lokasinya mengikut peta dibawah ni ya. Memang betul-betul sebelah landasan kapal terbang :)




Ini gambar-gambar untuk tatapan :) Tengoklah ya. Sedap-sedap semuanya. Yang tak gemarkan patin pun bertukar jadi favourite!







Pandang tak kenyang.. Malam terkenang! Perut lapar? Makan sedap di Dapur Mokde ya :) Mereka buka 11am - 11pm setiap hari kecuali Jumaat. Boleh juga buat tempahan kepada Cik Linda 016-279-6885



Tak cukup meja! :D
Alhamdulillah syukur. Sambutan cukup menggalakkan selepas Roy datang ke Restoran D'Teratak Desa, Seri Manjung. Memanglah gulai kawah kambing laku keras! Ramai juga orang Manjung yang tak tahu kewujudan restoran ini.




Begitulah bila berniaga, kena sentiasa usaha untuk mempromosi dan memperkenalkan restoran kepada lebih ramai orang. Masakan pula kena maintain sedap setiap hari, manakala layanan kepada pelanggan juga kena tip top! Setuju kan?

Setakat hari ini review dan feedback dari pelanggan Restoran D'Teratak Desa amatlah positif. Malah tidak ketinggalan mereka memuji kebaikan tokey kedai iaitu Puan Norida Mohammad yang suka bagi diskaun.. Kira cincai ajelah! Setiap hari Jumaat pula dihidangkan tembikai di atas meja untuk pencuci mulut selepas menjamu selera. Untunglah orang Seri Manjung!

Saya nak kongsikan gambar-gambar sebalik tabir rakaman segmen Roy Cari Makan tempohari.



Satu hal yang saya cukup kagum dengan Roy ialah kreativiti dia. Tahu aje dia menyusun hidangan dan merencana babak demi babak secara spontan dalam minda. Berbakat sungguh!











Dari jam 11am hingga hampir 4pm barulah semua urusan selesai di Restoran D'Teratak Desa. Semoga restoran ini terus maju dan sentiasa menghidangkan masakan lazat buat orang Seri Manjung dan sekitarnya.

Dan saya cukup bangga dan hormat dengan warga Manjung secara keseluruhannya, mereka sungguh supportive dan sporting. Saya pasti kembali lagi ke Seri Manjung!



Ini pula screenshot untuk posting saya tentang gulai kawah kambing di Facebook. Dalam tempoh 11 jam sahaja ia perolehi lebih dari 600 like dan 83 share manakala terdapat hampir 100 komen yang bertanya serta tag kawan-kawan mereka. Ini adalah BONUS buat Restoran D'Teratak Desa :)

Dah baca artikel tentang Gulai Kawah Kambing terbaik di Seri Manjung? Klik sini ya.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home