Sedapnya kepala ikan baung kegemaran bonda!

Leave a Comment

Kelmarin aku balik Segamat untuk atas beberapa urusan Seri Paduka Bonda :) Ada hal-hal tertentu yang perlukan bonda hadir sendiri. Adik beradiknya yang lain pun turut hadir dan ada yang diwakilkan oleh anak masing-masing jika sudah meninggal dunia.

Seawal jam 4am kami dah gerak.

Aku ni jenis tak suka lewat.. Walaupun urusan bermula jam 10am tapi tak mengapalah. Aku pun bukannya bawak kereta laju.. Slow and steady kata orang kampung :)

Dalam perjalanan tu duk perati juga mana tau ada durian. Al maklumlah durian Segamat ni lain macam dia punya sedap! Memang tak serupa kalau compare dengan durian lain. Tapi musim kali ni durian tak menjadi. 

Seawal 8am aku dah pun sampai di Segamat. Pusing-pusing sekejap bandar Segamat.. Lama betul tak balik sini. Jalan pun ada yang aku dah tak cam lagi.

Bonda pula ada sebut-sebut pasal ikan baung. Itu memang ikan kegemaran dia. Memang aku pun tahu :) Tapi nasib-nasiblah kalau dapat di Segamat ni. Nak dijadikan kisah.. Selepas selesai semua urusan.. Kami singgah sekejap ke Batu 5 Jalan Muar Segamat untuk menjenguk Mak Ngah Limah. Dapatlah bekalan buah nangka muda. Sikit hari lagi masaklah tu katanya.

Aku pun terus memandu pulang. Semasa datang aku ikut Tangkak tapi untuk balik ni aku lalu Gemas.. Ikut jalan dalam pulak. Aku keluar di Seremban untuk masuk highway PLUS menuju ke Shah Alam. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa sebarang masalah.

Cuma hal ikan baung masih bermain dalam fikiran aku. Mak tak dapat ikan baung lagi kali ni.. Aku teringatkan tentang Dapur Mokde di jalan Subang Airport. Hari tu aku ada ke sana untuk makan patin tempoyak. Kata si Linda anak Mokde tu.. Ikan baung pun dia ada.

Apa lagi.. Aku merencana untuk makan berbuka kat sana kali ini. Call Linda dan minta dia reserve table sambil tanya, 'Ikan baung ada?' Alhamdulillah jawapannya positif. Kami menuju ke Dapur Mokde di jalan Subang Airport. Ini kali kedua aku ke sana.. Sebelum ni memang berpuas hati sangat! So aku nak bawak mak pulak sebab mak ni memang cerewet sikit hal makan.

Sampai je ke Dapur Mokde.. Memang penuh meja! Syukur dapat 1 meja yang Linda dah sediakan. Kami pun order ikan baung masak tempoyak, sambal tempoyak, ikan pekasam goreng, ulaman dan telur dadar. Berselera tengok mak ratah kepala ikan baung tu.



Memang tidak mengecewakan masakan Mokde ni.. Sedap belaka! Alhamdulillah.. Senang hati bila apa yang mak nak tu dapat ditunaikan. Walaupun dia tak mintak secara direct tapi insyaAllah anaknya ni cuba memahami signal-signal indirect :)

Kalau nak baca review tentang Dapur Mokde dengan patin tempoyaknya tu boleh klik link ini ya.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment