Jangan tengok kalau lemah semangat! Patin tempoyak merecik meleleh Dapur Mokde Subang Airport

1 comment

Anda penggemar patin tempoyak? Hidangan istimewa ini jadi pilihan ramai dan semakin diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Malah sudah banyak restoran yang khusus menghidangkan patin tempoyak dalam menu mereka hinggakan kita pening untuk memilih mana satu yang terbaik.



Usah gundah gulana lagi. Kami berani mati recommend anda sebuah restoran di Kampung Melayu Subang atau area Subang Airport. Malah lokasi restoran ini betul-betul di jalan lama bersebelahan dengan landasan kapal terbang.

Sambil-sambil makan tu boleh juga jenguk dan dengar pesawat turun naik. Mana nak cari pengalaman macam tu kat tempat lain? :)

Restoran ini memang menghidangkan masakan air tangan orang dari Temerloh. Original! Ikan patin pun memang tiap-tiap minggu diimport fresh dari Temerloh. Jangan risau! Sikit pun tak hanyir.



Restoran yang diberikan nama Dapur Mokde ini jadi tumpuan terutamanya untuk waktu makan tengahari. Kalau bulan puasa tu memang padat time berbuka puasa. Adalah digalakkan untuk buat tempahan meja terlebih dahulu dengan Misz Kepochi Cik Lyenda Dapur Mokde, telefon dia di 0162796885 ya.




Selain hidangan patin tempoyak, Dapur Mokde juga ada menyediakan masakan asam pedas, pelbagai sup dan masakan ala-carte yang lazat-lazat belaka.

Lebih istimewa lagi Dapur Mokde memang setiap hari memberikan pilihan ulaman yang menyihatkan. Nak jeruk petai pun ada!

Dapur Mokde ni pernah masuk segmen Roy Cari Makan untuk TV9 rancangan Nasi Lemak Kopi O. Tengok video review di bawah ya. (Aduhhh! Terkecur sudah!)



Dan satu lagi video Dapur Mokde di youtube. Famous diorang ni!


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Memang recommended sangat tempat ni. Tak payah jauh-jauh ke Temerloh untuk makan patin tempoyak.

    ReplyDelete